Perutusan Pengetua

gambar-raimi1

Perutusan Pengetua

Syukur Alhamdulillah dipanjatkan kepada Allah (SWT) kerana dengan limpah rahmat dan kurnianya dapat saya menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan laman web rasmi Sekolah Agama Menengah Sg. Selisek (SAMSES)  ini. Terlebih dahulu saya ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada semua pihak termasuk guru-guru yang terlibat menjayakan  laman web rasmi untuk sekolah ini. Semoga Allah (SWT) memberkati usaha murni ini.

Tidak dinafikan dengan adanya Laman Web ini ia mampu memberi maklumat serta infomasi berguna kepada yang melayarinya tentang visi dan misi serta segala aktiviti sekolah  yang telah, sedang dan akan dilaksanakan di sini. Semua pihak termasuk warga pendidik, staf, para pelajar, alumni SAMSES dan PIBG berganding bahu didalam menjayakan kecemerlangan sekolah.

Sebelum mengakhiri kata-kata ini, ucapan penghargaan dan terima kasih kepada tuan-tuan dan puan-puan yang sudi melayari Laman web rasmi ini. Semoga tuan-tuan dan puan-puan mendapat manfaat . Selamat maju jaya.

SAMSES mutaqaddim !
SAMSES maju !

Daripada :
Raimi bin Ramli
Pengetua SAM Sg. Selisek,
44020 kuala Kubu Bharu,
Selangor

Comments are closed